Mars Orbiter Mission
Mars Orbiter Mission

Mars Orbiter Mission

Mars Orbiter Mission (MOM) atau juga dikenali sebagai Mangalyaan (Sanskrit: मंगलयान) ialah sebuah kuar planet Marikh yang berjaya dilancarkan ke orbit Bumi pada 5 November 2013 oleh Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO).[5][6][7] Ia berjaya masuk ke orbit Marikh pada 24 September 2014, menjadikan India negara pertama yang menghantar satelit ke orbit Marikh pada percubaan pertama, dan negara Asia pertama sampai ke sana.[8][9][10][11]Misi ini ialah projek "demonstrasi teknologi" yang bertujuan untuk membangunkan teknologi yang diperlukan bagi reka bentuk, perancangan, pengurusan dan operasi misi antara planet.[12] Ia membawa lima peralatan, salah satunya, pengesan metana, akan banyak membantu menambah pengetahuan terhadap Marikh.[13]Kuar Mars Orbiter Mission berlepas dari Pelantar Pelancaran Pertama di Sriharikota, Andhra Pradesh menggunakan roket C-25 Pengangkutan Pelancaran Satelit Kutub (PSLV; Hindi: ध्रुवीय उपग्रह प्रक्षेपण या) pada 5 November 2013 ketika jam 2:38 petang IST (9:08 pagi UTC).[14] Jendela pelancaran dianggarkan 20 hari panjang dan bermula pada 28 Oktober.[2] Kuar ini menghabiskan masa kira-kira sebulan dalam orbit Bumi, di mana ia melakukan satu siri olah gerak orbit meningkatkan-altitud sebelum suntikan trans-Marikh pada 30 November 2013 (UTC).[15]MOM adalah misi antara planet pertama India[16] dan kini ISRO menjadi agensi angkasa lepas keempat yang berjaya sampai ke Marikh selepas Agensi Angkasa Persekutuan Rusia (RFSA), Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) dan Agensi Angkasa Eropah (ESA).[17][18] Kapal angkasa lepas ini dikawal dari ISTRAC di Bangalore dengan sokongan antena IDSN di Byalalu.[19]

Mars Orbiter Mission

Pembuat ISAC
Tapak pelancaran Satish Dhawan FLP
Jenis misi Pengorbit Marikh
Epoch Dirancang
Roket PSLV-XL C25[1]
Sisipan orbit 24 September 2014, 02:00 UTC
MSD 50027 06:27 AMT[4]
Apoareon 80,000 km (50,000 mi)
Pengoperasi ISRO
Kuasa Sel suria
Berat berlepas 1,350 kg (2,980 lb)[1]
Jangka masa misi 300 hari
Kontraktor ISRO
Sistem rujukan Areopusat
Tarikh pelancaran 5 November 2013 09:08 (2013-11-05UTC09:08Z) UTC[2]
Tapak web MOM
Berat kering 500 kg (1,100 lb)
Berat muatan 15 kg (33 lb)
Periareon 377 km (234 mi)
Kecenderungan 17.864 darjah [3]

Rujukan

WikiPedia: Mars Orbiter Mission http://www.heraldsun.com.au/technology/science/Ind... http://www.bbc.com/news/science-environment-293418... http://news.biharprabha.com/2013/10/indias-mars-mi... http://news.biharprabha.com/2013/12/mangalyaan-suc... http://edition.cnn.com/2014/09/23/world/asia/mars-... http://abcnews.go.com/Technology/india-launches-ma... http://economictimes.indiatimes.com/slideshows/sci... http://timesofindia.indiatimes.com/india/India-to-... http://isp.justthe80.com/planetary-exploration/mar... http://latitude.blogs.nytimes.com/2012/08/30/india...